Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Dua pemain positif Covid-19, Kedah mohon maaf

Dua pemain positif Covid-19, Kedah mohon maaf

oleh Ammar Haziq

KENYATAAN MEDIA KDA FC PENUNDAAN PERLAWANAN LS14
Tarikh: 24 Julai 2021, Sabtu

Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) akur dengan keputusan MFL untuk menunda perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Kedah Darul Aman FC dengan Penang FC yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Aman pada hari ini. KDA FC sebagai tuan rumah perlawanan ini, memohon maaf di atas segala kesulitan berlaku terutamanya kepada pasukan Penang FC yang difahamkan telah tiba awal di Alor Setar Jumaat petang.

Selaras dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL), tindakan ini adalah bagi memastikan keutamaan diberikan kepada keselamatan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran Liga Super. Penundaan perlawanan berkenaan dibuat selepas dua pemain KDA FC telah didapati positif COVID-19. KDA FC telah mematuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh MFL dalam persiapan Liga Super sepanjang menjalani latihan kem berpusat (camp based training) sejak 2 bulan lepas dan malangnya ujian calitan PCR terakhir selepas cuti Hari Raya Aidil Adha melibatkan dua pemain didapati positif.

Pasukan Liga Super KDA FC telah menjalani latihan kem berpusat sejak 2 bulan lepas secara latihan kem berpusat menurut gelembung sukan bagi persiapan kejohanan Piala AFC dan ini adalah kali pertama kes melibatkan pemain KDA FC positif COVID-19 berlaku.

Proses ujian calitan ini adalah proses wajib kepada semua pemain KDA FC menurut SOP dikeluarkan MFL setiap kali pemain-pemain dan pegawai pasukan melaporkan diri dalam kem latihan berpusat menurut gelembung sukan.

Walau bagaimanapun, ia tidak melibatkan pergaulan individu yang dikesan positif bersama rakan sepasukan yang lain (keputusan ujian calitan negatif), sebagai langkah pencegahan, keputusan MFL dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ini adalah tepat bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 dan melaksanakan kuarantin untuk memastikan pemain dan pegawai sentiasa terlindung.

Setelah perbincangan bersama MFL, keputusan menunda perlawanan berkenaan dibuat selepas mendapat panduan dan nasihat daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

KDA FC sentiasa komited dan mematuhi SOP ketat bagi menjaga Gelembung Sukan demi kelancaran Liga Malaysia 2021.

Sekian.

Khamal Idris Haji Ali
Ketua Pegawai Eksekutif
Kedah Darul Aman Football Club

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com