Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Kedah peruntuk RM373,545 bantu ringankan beban penduduk PKPD Kuala Muda

Kedah peruntuk RM373,545 bantu ringankan beban penduduk PKPD Kuala Muda

oleh Ammar Haziq
Muhammad Sanusi Md Nor

Kerajaan Negeri Kedah akan membekalkan bantuan khas wang tunai dan makanan basah (2 ekor ayam, 2 kg ikan, sayur-sayuran dan telur sepapan) kepada 2,767 buah rumah yang dikenakan PKPD di Daerah Kuala Muda. Bantuan ini akan melibatkan peruntukan khas berjumlah RM373,545.00.

Bekalan makanan basah akan mula dibekalkan mulai pagi esok melalui petugas PKOB dan kakitangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di taman-taman perumahan di Taman Bandar Baru, Taman Cahaya dan Lembah Permai PKNK dan Kg Sireh.

Kerajaan menyedari kesukaran mendapatkan makanan basah dan bekalan wang tunai berikutan ada kawasan terbabit PKPD tidak mempunyai perkhidmatan bank atau ATM.

Selepas dua minggu dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) mereka telah kehabisan bekalan wang tunai dan ini menimbulkan masalah untuk membeli keperluan selain daripada makanan yang dibekalkan melalui bakul makanan PKOB.

Semua bantuan makanan basah dan wang tunai ini akan diselaraskan oleh Pejabat Daerah Kuala Muda yang diketuai oleh Tn Hj Abdullah Hashim.

Muhammad Sanusi Md Nor
Menteri Besar Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com