Econsave ringankan beban bekas pesakit Covid-19

60
Zamzuri (dua kiri) menyerahkan sumbangan Econsave Prihatin kepada salah seorang penerima di Pokok Sena.

POKOK SENA – 30 keluarga yang mana ahli keluarganya yang baru pulih dari positif Covid-19 menerima sumbangan Econsave Prihatin yang disampaikan pada Sabtu lalu.

Pengurus Besar Econsave Zon Utara, Zamzuri Mansor berkata, sumbangan itu diberikan kepada bekas Pesakit Covid-19 di kampung sekitar Daerah Pokok Sena dengan anjuran bersama Badan Kebajikan Taman Pertama dan Econsave Cash & Carry (Pokok Sena) SDN BHD.

“Sumbangan yang dihulurkan adalah bagi membantu 30 orang ketua keluarga di sekitar Pokok Sena yang ahli keluarganya sudah pulih dari penyakit covid-19,” katanya.

Hadir sama Pengurus Cawangan Econsave Pokok Sena, B Devanathan.