Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Makanan haiwan bernilai lebih RM377,000 tiada permit ditahan Maqis

Makanan haiwan bernilai lebih RM377,000 tiada permit ditahan Maqis

oleh Ammar Haziq
Kesemua barangan tersebut ditahan kerana tidak mempunyai Permit Import yang sah daripada MAQIS.

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah menahan sebuah lori yang membawa makanan tambahan haiwan dari Thailand di kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

MAQIS negeri Kedah memaklumkan, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan keatas sebuah lori mendapati sebanyak 400 kotak makanan tambahan haiwan dengan berat 10,000 kilogram yang dianggarkan bernilai RM 377,487.00 cuba di bawa masuk ke Malaysia ditahan untuk tindakan lanjut. Kesemua barangan tersebut ditahan kerana tidak mempunyai Permit Import yang sah daripada MAQIS.

Perbuatan mengimport tanpa suatu permit yang dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. Jika sabit kesalahan, pengimport boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua – duanya sekali di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] digunapakai bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan serta dapat mengawal kemasukan penyakit merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian negara.

Sekian, Terima Kasih.

Jabatan Perhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com