Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Jangan guna alasan palsu balik kampung sambut Aidiladha – Polis Kedah

Jangan guna alasan palsu balik kampung sambut Aidiladha – Polis Kedah

oleh Ammar Haziq
Larangan merentas daerah dan negeri masih berkuatkuasa dalam fasa satu Pelan Pemulihan Negara di Kedah.

PDRM Kontinjen Kedah ingin memberikan peringatan kepada seluruh penduduk Negeri Kedah berkenaan larangan aktiviti merentas negeri atau daerah dalam tempoh Plan Pemulihan Nasional Fasa-1 yang masih lagi berkuatkuasa sehingga hari ini.

Ini berikutan penambahan jumlah pemohonan rentas negeri / daerah yang dipohon dalam tempoh yang terdekat ini menunjukkan ramai yang ingin memohon untuk merentas negeri / daerah atas pelbagai alasan dan tujuan.  Pihak polis ingin menasihati orang ramai agar tidak menggunakan alasan palsu untuk pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai 2021.

Pihak polis akan membuat pemantauan keatas mereka yang mengambil kesempatan atas kebenaran pergerakkan yang dikeluarkan oleh pihak polis. Tindakan tegas akan diambil termasuk mengenakan kompaun kepada mereka. 

Orang ramai yang mengetahui sebarang aktiviti rentas negeri / daerah bagi tujuan menyambut hari raya di kampung halaman atau melancong di dalam negeri boleh memaklumkan terus kepada Bilik Kawalan Covid-19 Kontinjen Kedah di talian 04-7741275 atau terus kepada bilik kawalan daerah yang berdekatan.

Sekian, terima kasih.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

DCP DATO’ MOHD ROZE BIN SHAARI

TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH

 B/P KETUA POLIS KEDAH 

18 JULAI 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com