Friday, 19, April, 2024
Utama Negeri Polis Marim rampas lebih 50 karton rokok seludup

Polis Marim rampas lebih 50 karton rokok seludup

oleh Ammar Haziq
Seorang lelaki warga tempatan ditahan Polis Marin dalam sebuah serbuan di sebuah premis di kawasan Jitra, Kedah petang kelmarin kerana disyaki menjual rokok seludup. FOTO POLIS MARIN

ALOR SETAR- Unit Risikan Pasukan Polis Marin merampas pelbagai jenis rokok putih disyaki tidak bercukai, selepas menahan seorang lelaki tempatan menerusi operasi Op Kontraban semalam.

Dalam serbuan tersebut, sekumpulan polis dari Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, Supritendan Shoppri Bin Saad berkata, pihaknya menangkap saspek tersebut dalam sebuah serbuan di sebuah premis di kawasan Jitra, Kedah petang kelmarin kerana disyaki menjual rokok seludup.

Beliau berkata, penangkapan saspek oleh pasukan operasi pada jam 4.00 petang itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis rokok putih disyaki tidak bercukai dianggarkan bernilai sekitar RM18,509.40.

“Op Kontraban dilancarkan Pasukan Polis Marin berjaya melumpuhkan beberapa sindiket pengedaran rokok seludup tidak bercukai di sekitar Kedah dan Perlis,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kubang Pasu dan akan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Kita berterima kasih kepada masyarakat yang sentiasa membantu pihak Polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang,” tambah beliau lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com