i-Citra dah boleh mohon, klik sini untuk mohon!

67

Permohonan pengeluaran i-Citra boleh dibuat bermula hari ini iaitu tiga hari awal seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, memaklumkan permohonan itu boleh dibuat oleh Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah melalui laman sesawang https://icitra.kwsp.gov.my/

“Bagi memudahkan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran terbabit.

“i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan pada semalam.