Wednesday, 24, April, 2024
Utama Negeri Polis siasat Ahli Parlimen di Kedah langgar SOP

Polis siasat Ahli Parlimen di Kedah langgar SOP

oleh Ammar Haziq
Gambar ahli parlimen tersebut bersama penduduk kampung yang tular di media sosial.

PELANGGARAN SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 1
 
Pada 3 Julai 2021 jam lebih kurang 11.36 malam, satu laporan polis telah dibuat berkaitan tular gambar di media sosial pelanggaran SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 1  melibatkan seorang ahli Parlimen di negeri Kedah. 


Hasil siasatan awal mendapati, terdapat beberapa keping gambar dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook nama Nurul Amin bin Hamid. Gambar – gambar tersebut memaparkan seorang ahli Parlimen di Kedah terlibat dalam satu program bantuan dan kelihatan beliau tidak mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa program tersebut berlangsung.


Kes masih dalam tindakan penyiasatan polis dan disiasat di bawah Peraturan 11(1), Peraturan – Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 4) 2021 di atas kesalahan berkumpul di tempat awam dan Peraturan 17 (1), Peraturan – Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 4) 2021 kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakkan sosial. 


Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Muhammad Ilhan Icha bin Luther di talian 0192883428. 
 
“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”
 


ACP AHMAD SHUKRI BIN MAT AKHIR
KETUA POLIS DAERAH KOTA SETAR                                                                                                                       

4  JULAI 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com