Saturday, 20, April, 2024
Utama Nasional Pejuang Kedah rayu Syed Mokhtar kekalkan 100 orang Rider terus berkhidmat

Pejuang Kedah rayu Syed Mokhtar kekalkan 100 orang Rider terus berkhidmat

oleh Ammar Haziq

KENYATAAN MEDIA

1.Surat khabar KOSMO bertarikh 1 Julai 2021 melaporkan dengan tajuk “Rider Pos Malaysia diTamatkan Kontrak “. Seramai 100 orang Rider Pos Malaysia ditamatkan kontrak mulai 1 Julai 2021.

2.Alasan yang diberi oleh Pos Malaysia ialah :

2.1 Lebihan sumber manusia.

2.2 Pasaran yang kompetitif serta penawaran harga yang terlalu rendah oleh syarikat kurier dalam negara.

2.3 Pesaingan yang sengit oleh pemain industri dengan tujuan untuk menggangu pasaran.

3.Pos Malaysia mempunyaai sejarah yang panjang, ianya telah beroperasi dan memberi perkhidmatan selama 200 tahun.

4.Pos Malaysia merupakan sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia pada tahun 2001.Market Capitalisation nya ialah Rm 1 Bilion.Pos Malaysia mempunyaai 674 pejabat pos,136 pos mini,120 cawangan pos Laju dan 22,000 pekerja.Ia juga mengendali 568 juta parcel serta surat setiap tahun.

5.Tahun 2016, 2017 dan 2018 Pos Malaysia membuat keuntungan.Tahun 2019 dan 2020 menyaksikan kerugian yang besar disebabkan oleh Pendemik Covid-19.Laporan kewangan berakhir 31 Disember 2020 menunjukan Pendapatan sebanyak Rm 2.33 Bilion dan kerugian sebanyak Rm 308.018 juta.

6.Alasan Pendemik Covid adalah benar kerana seluruh dunia menghadapinya tapi didalam negara Kerajaan dengan dasar Free Enterprise telah memberi lesen kurier dengan banyak sekali kepada pemain idustri perkhidmatan kurier hingga berlaku penawaran harga yang terlalu rendah hingga boleh membunuh syarikat lama seperti Pos Malaysia.

  1. Terkini terdapat antara 30 – 40 buah syarikat kurier yang sedang beroperasi dalam negara.Antara pemain besar ialah syarikat J&T,GD Express,City Link,Ninja Van,DHL,KLACH Courier,Pgeon,Aramex,u Parcel, Zepto Express dan banyak lagi.

8.Dan yang paling malang terdapat Syarikat luar negara yang sedang memonopoli industri ini.Dengan modal yang besar mereka membuka beribu cawangan diseluruh negara dan menawarkan harga perkhidmatan serta peralatan yang amat murah. Perbuatan ini akan membunuh majoriti syarikat dalam negara.

9.Mahukah Kerajaan melihat 100 orang Rider yang diberhenti kerja mengambil nyawa mereka seperti laporan polis terkini seramai 468 orang telah membunuh diri sejak bulan Januari hingga Mei 2021.

10.Jika Kerajaan sayangkan rakyatnya Kerajaan perlu hentikan dasar Free Enterprise dan kurangkan memberi lesen perkhidmatan kurier.

11.Atas nama kemanusiaan, saya mohon merayu pada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary selaku pemegang saham terbesar Pos Malaysia serta Kerajaan agar dipertimbangkan semua 100 orang Rider dibenarkan terus berkhidmat dengan Pos Malaysia.

Terima kasih

Mejar Anuar Abdul Hamid(B)
Ketua Penerangan(Penaja)
Parti Pejuang Tanah Air
Negeri Kedah

2 Julai 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com