Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Maritim Malaysia bantu 60 penduduk terjejas

Maritim Malaysia bantu 60 penduduk terjejas

oleh Ammar Haziq
Mohd Zawawi (tiga kanan) menyerahkan sumbangan daripada Maritim Malaysia kepada penduduk di sekitar Pulau Langkawi yang terjejas.

LANGKAWI, 2 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis menyampaikan 60 bungkusan keperluan asas bagi membantu keluarga komuniti maritim yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di sekitar Pulau Langkawi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, ia adalah salah satu tanggungjawab sosial untuk membantu meringankan beban komuniti maritim yang terkesan berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sebanyak 50 bungkusan berisi barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, susu, biskut dan sebagainya telah diagihkan hari ini kepada komuniti maritim Kampung Selat Bagan Nyior, termasuk pemilik-pemilik bot nelayan di sekitar, manakala 10 bungkusan telah diagihkan semalam kepada komuniti maritim di Kampung Kuala Temoyong.

Maritim Malaysia turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Kampung Selat Bagan Nyior, Langkawi atas kerjasama penduduk kampung terbabit yang menjadi mata dan telinga kepada Maritim Negeri Kedah dan Perlis dalam menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah maritim yang berlaku.

Bantuan yang diserahkan ini adalah hasil sumbangan daripada warga Maritim Negeri Kedah dan Perlis, badan korporat serta sumbangan persendirian pihak-pihak yang mengambil berat mengenai permasalahan masyarakat setempat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com