Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Suspek tiga kes samun bersenjata di Ulu Melaka dan Bohor Tempoyak ditangkap

Suspek tiga kes samun bersenjata di Ulu Melaka dan Bohor Tempoyak ditangkap

oleh Ammar Haziq

LANGKAWI – Pada 28 Jun lebih kurang jam 5 petang, susulan analisa dan risikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Langkawi, sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Padang Mat Sirat yang membuat rondaan pematuhan SOP Covid-19 di kawasan Taman Sri Ayu telah berjaya menangkap seorang lelaki tempatan suspek kes samun bersenjata tiga buah kedai sekitar Ulu Melaka dan Bohor Tempoyak.

Suspek berumur 25 tahun, tidak bekerja, pernah berkahwin dan mempunyai dua rekod lampau.

Susulan tangkapan, beberapa rampasan telah dibuat antaranya motosikal, helmet, tiga baju sejuk berlengan panjang, pisau, seluar dan kasut yang dipercayai digunakan semasa melakukan kegiatan samun.

Dengan tertangkapnya suspek, polis IPD Langkawi percaya telah dapat selesaikan tiga kes samun bersenjata yang berlaku pada bulan Jun 2021.Tangkapan telah direman selama seminggu hingga 5 Julai untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

  • Polis Langkawi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com