Wednesday, 24, April, 2024
Utama Nasional Anwar usul tamat darurat kepada Agong

Anwar usul tamat darurat kepada Agong

oleh Ammar Haziq
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail Keadilan Daily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusulkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar darurat yang sedang berlangsung kini bagi mengekang Covid-19 ditamatkan.

Menurutnya, usul tersebut antara perkara yang dibawanya ketika satu jam mengadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada pagi ini.

Mengulas lanjut, pihaknya berpendapat pengurusan darurat yang sedang berlaku telah meyebabkan kerugian kepada negara, tidak membantu mengekang Covd-19 malah menjejaskan ekonomi rakyat.

“Saya tengok semua langkah yang boleh dilakukan tidak memerlukan darurat. Jadi kita merayu kepada Tuanku supaya sedaya upaya menghalang penerusan (darurat) ini,” katanya yang dipetik melalui portal Sinar Harian.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata demikian pada sidang akhbar selepas keluar dari pintu Istana Negara pada jam 11.55 pagi, hari ini.

Berhubung usul untuk menukar kerajaan pula, Anwar menjelaskan perkara tersebut tidak menjadi fokus utama pihak pembangkang setakat ini. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com