Saturday, 20, April, 2024
Utama Nasional Doktor terpaksa pilih pesakit Covid-19 berpontensi sembuh, inilah hakikat – KP KKM

Doktor terpaksa pilih pesakit Covid-19 berpontensi sembuh, inilah hakikat – KP KKM

oleh Ammar Haziq
Ciapan Noor Hisham di twitternya semalam.

Doktor terpaksa membuat membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) kepada pesakit yang berpotensi sembuh yang tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuh rendah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Menerusi ciapan twitternya semalam, kes aktif Covid-19 yang sedang dirawat di seluruh negara telah melebihi kemampuan pihaknya untuk merawat.

“Terkini inilah hakikat sebenar,” katanya merujuk kepada dua foto yang disertakan bersama ciapan twitternya.

Pasukan kesihatan berusaha memberikan rawatan terbaik kepada pesakit Covid-19.

Dilaporkan semalam, kes harian Covid-19 telah memecahkan rekod baharu mencecah 9,020 kes positif Covid-19 dan sebanyak 98 kematian dicatatkan.

Menurut Noor Hisham berkata, terdapat 76,218 kes aktif di seluruh negara yang mana 844 pesakit dirawat di ICU. -KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com