Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Aktiviti khas Ramadan dibenarkan di kawasan zon Merah di Kedah

Aktiviti khas Ramadan dibenarkan di kawasan zon Merah di Kedah

oleh Ammar Haziq
Kapasiti jemaah bergantung kepada status di setiap zon masing-masing.

ARAHAN PELAKSANAAN
AKTIVITI KEAGAMAAN DI MASJID DAN SURAU NEGERI KEDAH DARUL AMAN
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BAGI DAERAH KOTA
SETAR, KUALA MUDA, BANDAR BAHARU, BALING DAN KULIM
(KEMASKINI: 04 MEI 2021)PENDAHULUAN


Arahan Pelaksanaan Aktiviti Keagamaan di Masjid dan Surau Negeri Kedah Darul
Aman ini dikeluarkan selari dengan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP)
dalam beberapa sektor serta SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri
Kedah Darul Aman yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara
(MKN) pada petang 03 Mei 2021.

PELAKSANAAN
Pelaksanaan arahan aktiviti keagamaan di masjid dan surau negeri Kedah Darul
Aman dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Daerah Kota Setar,
Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling Dan Kulim adalah seperti ketetapan berikut:-

SOLAT JUMAAT DAN SOLAT FARDU BERJEMAAH
3.1 Kapasiti jemaah Solat Jumaat dan Solat Fardu berjemaah
yang dibenarkan di semua masjid dan surau negeri Kedah Darul
Aman, seperti ketetapan berikut :

KETETAPAN TAMBAHAN

Program keagamaan dan majlis ilmu di masjid dan surau di semua zon
adalah DIBENARKAN, dan TERHAD kepada kuliah Maghrib sahaja, dan
Majlis Bacaan Yasin (hari Khamis malam Jumaat) dalam skala kecil,
tidak melebihi 45 minit, serta khusus bagi anak kariah sahaja dengan
mematuhi normal baharu dan protokol kesihatan serta sebarang ketetapan
yang telah digariskan oleh pihak berkuasa.


Aktiviti khas bulan Ramadan bagi di semua zon adalah DIBENARKAN
dengan had waktu yang minimum. Masjid dan surau hendaklah ditutup
setelah selesai solat Jumaat, Fardhu dan Tarawih. Solat Tarawih dihadkan
masa sehingga jam 10.30 malam sahaja.

Solat sunat Aidilfitri, DIBENARKAN di semua zon mengikut kaedah ketetapan Solat Jumaat.

PENENTUAN ZON
Penentuan Zon adalah berdasarkan mukim bagi kes aktif daripada data yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman.

ARAHAN KHAS
Pegawai Agama Daerah berhak menentukan larangan yang lebih ketat terhadap
mana-mana masjid dan surau di semua zon dari semasa ke semasa dengan nasihat
daripada pihak yang berwajib dalam memastikan pengekangan penularan wabak
Covid-19, selaras dengan slogan Kerajaan “Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi
Covid-19”.

ARAHAN TERDAHULU
Sebarang arahan terdahulu yang tidak disebutkan dalam arahan terkini, sama ada
digugurkan atau sebagainya, dianggap terpakai sehingga ia dimansuhkan dengan
sebarang arahan yang lain.

PELANGGARAN
Mana-mana masjid atau surau yang melanggar dan tidak mematuhi arahan ini, boleh
dikenakan tindakan dan kebenaran melaksanakan aktiviti keagamaan boleh ditarik
balik serta merta. Sekiranya berlaku sebarang kekeliruan berhubung pelaksanaan
arahan ini, keputusan Pegawai Agama Daerah adalah muktamad.

KUATKUASA
Arahan ini adalah berkuatkuasa bermula 04 Mei 2021 sehingga tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan secara rasmi oleh Kerajaan. Arahan ini juga
terpakai kepada daerah-daerah lain di negeri Kedah Darul Aman yang terlibat
dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas ini. Melalui arahan ini,
sebarang perbezaan dan percanggahan dalam arahan terdahulu adalah terbatal.


Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Kedah Darul Aman
4 Mei 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com