Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Pemuda UMNO Kedah cadang penambahbaikan operasi bazar Aidilfitri

Pemuda UMNO Kedah cadang penambahbaikan operasi bazar Aidilfitri

oleh Ammar Haziq
Gambar bazar Aidilfitri Stadium Darul Aman yang tular hari ini.

Diluah Mati Bapak di Telan Mati Mak….

Difahamkan ini gambar semalam, di Bazar Aidilfitri di Stadium. Mungkin keadaan SOP yang tak terkawal ini disebabkan oleh pengumuman penutupan kesan PKP di Alor Setar hari ini. maka ada lelongan awam berlaku sejak 2 malam lepas.

Saya juga difahamkan, akan ada berita baik hari ini kepada para peniaga bahawa penutupan secara total akan ditarik balik, dan peniagaan boleh diteruskan hingga menjelang syawal dengan SOP SOP baru.

Saya rasa kita selaku rakyat(pembeli) dan juga para peniaga perlu juga bertanggungjawab membantu kerajaan dengan mematuhi SOP yang lebih ketat.

Pihak berkuasa MBAS, PDRM,KKM juga perlulah melaksanakan SOP dengan lebih ketat dan berfokus. Cadangan yang boleh difikirkan adalah;

1)tambahlah penguatkuasa di kawasan tapak.

2)pengunjung mestilah dilepaskan secara berperingkat mungkin mengikut masa tertentu (berkelompok)

3)kaji juga cadangan mungkin ‘shopping drive tru’

4) hanya ketua keluarga @pembantu ketua (kaum ibu) dibenarkan berkunjung. janganlah bawak dari tok sampai cucu pi shopping.

5) MBAS dan kerajaan bantulah peniaga dengan sediakan dan promosikan platform ‘E Bazaar’ supaya sebahagiannya bole di jual beli secara online’. sepatutnya kita duk laungkan norma baharu kepada rakyat tapi kaedah lama juga digunakan tak ada pembahruan.

6) dicadangkan para peniaga jugak kena wujudkan kumpulan bermotor ‘COD’ untuk penghantaran jualan.

7) Tawaran dibuat kerajaan n pihak MBAS kepada mana mana peniaga yang secara sukarela tutup perniagaan akibat penularan covid ini diberikan rebate sewaan , pampasan dan gantirugi setimpal sebagai insentif.

Pelbagai lagi cadangan boleh difikirkan untuk sama sama berada dalam situasi ‘win win’ antara perang covid dan ekonomi rakyat marhein cuma kerajaan kenalah bersungguh dalam kajian sesuatu keputusan, dan jugak penguatkuasaan. janganlah dilihat ‘flip flop’ dan akhirnya menyusahkan rakyat dan peniaga. jangan dinanti viral sesuatu isu dan keadaan barulah nak bertindak. janganlah buat keputusan tanpa pikirkan kebaikan semua pihak terlibat.

Saya harap jika peniaga boleh teruskan perniagaan. keadaan seperti gambar dibawah ini mestilah akan ada penambahbaikan. supaya kita akhirnya berjaya dalam usaha memerangi covid 19. Kes kes positif covid makin hari makin meningkat dan makin dekat dengan kita. saya percaya sudah ada kes kes diantara keluarga terdekat kita dan saya tidak terkecuali. Oleh itu, kita kena sama sama bantu diantara pihak berkuasa, kerajaan dan jugak rakyat.

kita pakat pakat bincang isu ini dan berikan cadangan membina ya!

Syed Mohd Johan Rizal
Ketua Pemuda UMNO Alor Setar
3mei 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com