Thursday, 28, March, 2024
Utama Sukan JDT terus ditekan oleh Kedah!

JDT terus ditekan oleh Kedah!

oleh Ammar Haziq
Kpah (kanan) menjaringkan dua gol membantu Kedah mengatasi Melaka United 3-1 di Stadium Hang Jebat pada Jumaat. FOTO KDA FC

ALOR SETAR – Kejayaan Kedah Darul Aman (KDA) FC mengatasi Melaka United (MU) FC 3-1 di Stadium Hang Jebat pada Jumaat terus memberikan tekanan kepada pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

JDT yang juga turun beraksi pada Jumaat diikat 1-1 oleh Kuala Lumpur City FC di laman lawan menyaksikan jurang perbezaan mata kini semakin mengecil.

JDT kini mengumpul 24 mata manakala KDA FC kini di tangga kedua dengan 23 mata selepas 11 perlawanan.

Bagaimanapun, pencabar dari pantai timur, Terengganu FC berpeluang untuk menyamakan mata dengan Harimau Selatan sekiranya berjaya menjinakkan Penang FC di laman mereka pada Sabtu.

Terdahulu, dua jaringan Kpah Sherman dan satu gol oleh Baddrol Bakhtiar berjaya memastikan Hijau Kuning terus berada pada momentum terbaik selain terus kekal berada dalam kelompok atasan Liga Super.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com