Friday, 29, March, 2024
Utama Sukan Fazrul digantung tambahan tiga perlawanan, denda RM10,000 tolak pengadil

Fazrul digantung tambahan tiga perlawanan, denda RM10,000 tolak pengadil

oleh Ammar Haziq
Fazrul (dua kanan) dilayangkan kad merah kerana menolak pengadil pada aksi bertemu Terengganu FC pada 9 April. FOTO MFL

  1. Pemain Kedah Darul Aman FC – Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam

Kesalahan: Melanggar Artikel 51.1 (a) Kod Tatatertib FAM iaitu salah laku terhadap pegawai pertandingan pada perlawanan Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC lwn Terengganu FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 9 April 2021.

Hukuman: Pemain ini dikenakan hukuman penggantungan empat perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda sebanyak RM10,000 akibat daripada kad merah yang diterimanya pada perlawanan tersebut.

Penggantungan empat perlawanan yang dikenakan ke atas pemain ini adalah seperti berikut, tertakluk kepada sebarang pindaan jadual perlawanan oleh pihak penganjur:

i. Perlawanan Liga Super 2021, Perak FC lwn Kedah Darul Aman FC pada 17 April 2021 (penggantungan automatik).

ii. Perlawanan Liga Super 2021, Melaka United FC lwn Kedah Darul Aman FC pada 30 April 2021.

iii. Perlawanan Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC lwn Johor Darul Ta’zim pada 4 Mei 2021; dan

iv. Perlawanan Liga Super 2021, Sabah FC lwn Kedah Darul Aman FC pada 8 Mei 2021.

Pemain ini juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan boleh dirayu.

2.Pemain Kedah Darul Aman FC – Rodney Celvin Akwensivie

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM iaitu salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan pada perlawanan Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC lwn Terengganu FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 9 April 2021.

Hukuman: Pemain ini dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik akibat daripada kad merah yang diterimanya pada perlawanan tersebut.

Penggantungan dua perlawanan yang dikenakan ke atas pemain ini adalah seperti berikut, tertakluk kepada sebarang pindaan jadual perlawanan oleh pihak penganjur:

i. Perlawanan Liga Super 2021, Perak FC lwn Kedah Darul Aman FC pada 17 April 2021 (penggantungan automatik); dan

ii. Perlawanan Liga Super 2021, Melaka United FC lwn Kedah Darul Aman FC pada 30 April 2021.

Pemain ini juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan tidak boleh dirayu.

DATUK CHE MOKHTAR CHE ALI
TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com