Saturday, 20, April, 2024
Utama Nasional KPM, KPT perlu telus berhubung situasi Covid-19

KPM, KPT perlu telus berhubung situasi Covid-19

oleh Ammar Haziq
Maszlee menyampaikan sumbangan kurma dan takwim Ramadan kepada para petugas Penjara Simpang Renggam dan PGA Batalion 5baru-baru ini. FOTO FB Dr Maszlee Malik.

Peningkatan kadar jangkitan wabak Covid-19 di institusi pendidikan mutakhir ini
amat membimbangkan ramai pihak.


Bukan sekadar para pelajar, guru, malah ibubapa/penjaga dan anggota masyarakat
secara amnya merasa cemas atas peningkatan kadar jangkitan di sekolah-sekolah
terutamanya.


Hal ini tidak boleh dipandang remeh. Pihak berwajib terutamanya KPM dan KPT
harus tampil untuk memberikan penjelasan. Para pemegang taruh perlu
ditenteramkan.


Rakyat umumnya menghargai segala usaha kerajaan untuk membendung wabak
dari terus menular. Walau bagaimanapun, rakyat ingin tahu kluster manakah yang melibatkan sekolah, politeknik, kampus IPG, universiti mahupun kolej.

Rakyat juga ingin tahu apakah langkah yang telah dan akan diambil dalam keadaan
terkini demi membendung wabak dan juga mengelakkan spekulasi liar dalam
kalangan masyarakat setempat yang terkait dengan kluster-kluster tersebut.

Hal ini hanya akan menyebabkan ketidaktentuan di kalangan pemegang taruh.
Tindakan KPM untuk tidak lagi menutup sekolah secara pukul rata dan menyerahkan
keputusan dibuat di peringkat lokal adalah amat baik.

Hal ini perlu diperjelaskan
kepada pihak awam dan mengapa tindakan tersebut diambil juga perlu dikongsikan.
Rakyat semakin matang, maka pendekatan mendidik dan berkongsi informasi
secara telus amat penting.


Atas kesedaran ini, kami menuntut agar menteri-menteri berkaitan untuk tampil
memberikan penjelasan yang sepatutnya.

YB DR MASZLEE MALIK
Ahli Parlimen Simpang Renggam
19 April 2021, Isnin

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com