Saturday, 27, April, 2024
Utama Negeri Yayasan Salleh Saidin bantu golongan B40, masjid dalam parlimen Kuala Kedah

Yayasan Salleh Saidin bantu golongan B40, masjid dalam parlimen Kuala Kedah

oleh Ammar Haziq
Salleh (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada masjid-masjid dalam Parlimen Kuala Kedah melalui seorang wakil semalam.

1. Yayasan Salleh Saidin sentiasa menjalankan kerja-kerja amal untuk masyarakat, terutamanya di negeri Kedah Darul Aman. YSS amat prihatin terhadap permasalahan yang menimpa masyarakat seperti golongan B40, anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas, pelajar, mangsa bencana dan sebagainya. YSS juga sentiasa mendekati dan menyantuni masyarakat melalui program-program khidmat sosial dan kerja amal.
2. YSS berpegang kepada konsep ‘setiap rezeki yang diperolehi harus dikongsi dengan orang lain dan berusaha untuk meringankan bebanan masyarakat dengan menganjurkan program-program khidmat sosial dan kerja amal. Sejak 2014, pelbagai program khidmat sosial dan kerja amal telah dilaksanakan baik di negeri Kedah mahupun di negeri-negeri lain.
3. YSS menganjurkan Program llya Ramadan 1442H bertujuan untuk berkongsi rezeki dan meraikan ketibaan bulan mulia penuh barakah, iaitu Ramadan al-Mubarak, bersama dengan masjid-masjid dalam Parlimen Kuala Kedah.
4.YSS berpendapat bahawa program ini merupakan satu kaedah terbaik untuk membolehkan YSS menzahirkan rasa terima kasih dan mendekati serta menyantuni masyarakat di Kuala Kedah, khususnya masyarakat Islam.
5.Sebanyak 50 buah masjid dalam Parlimen Kuala Kedah menerima Sumbangan/infak daripada YSS dalam program Ihya Ramadan ini. Setiap masjid akan diwakili Imam / AJK Masjid untuk menerima sumbangan / infak tersebut.
6. Setiap masjid menerima sumbangan/infak:
i. Al-Quran: 7,500 naskah (150 naskah / masjid)
ii. Kurma: 7,500 kotak (150 kotak / masjid)
ii. Sampul raya: 6,000 keping (100 keping/ masjid)iv. Taqwim Ramadan: 7,500 keping (150 keping/ masjid)
V. Wang Tunai: RM25,000.00 (RM500.00/ masjid)
7.Ucapan pelancaran dan perasmian oleh YB Hajah Halimaton Shaadiah Binti Saad, Fengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Kebajikan Negeri Kedah.
8. Dato Hj Mohd Salleh Bin Saidin, Pengerusi YSS menyampaikan sagu hati yang berupa wang tunai sebanyak RM500.00 kepada setiap masjid.
9. YB Hajah Halimaton Shaadiah Binti Saad menyampaikan sumbangan kepada wakil-wakil masjid yang berupa naskhah al-Quran, taqwim Ramadan, buan kurma dan sampul duit raya.
10. YSS sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada YB Hajah Halimaton Shaadiah Binti Saad atas kesudian beliau melancar dan merasmikan program ini serta menyampaikan sumbangan/infak kepada wakil-wakil masjid.
11. YSS juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid TunkuIntan Safinaz, Anak Bukit kerana memberi kebenaran kepada pihak YSS menganjurkan majlis pelancaran Ihya Ramadan YSS. Terima kasih juga kepada semua wakil masjid yang hadir dan menjayakan program ini.
12. YSS berharap sumbangan/infak yang tidak seberapa ini akan memberi manfaat kepada semua masjid amnya dan jemaah khususnya, sekaligus mengukuhkan ukhwah sesama Islam. Mudah-mudahan kehadiran bulan Ramadhan pada tahun ini akan lebih bermakna kepada kita semua.
‘SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
DATO’ HJ MOHD SALLEH BIN SAIDIN
PengerusiYayasan Salleh Saidin (YSS)

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com