Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri UUM juara Beta Gamma Sigma’s 2021 Best Practice in Creating Connections

UUM juara Beta Gamma Sigma’s 2021 Best Practice in Creating Connections

oleh Ammar Haziq

Sintok: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diiktiraf sebagai pemenang Beta Gamma Sigma’s 2021 Best Practice in Creating Connections yang diumumkan semalam.

BGS Chapter UUM mengetepikan lebih 615 Chapter global yang diiktiraf AACSB di 38 buah negara untuk berjaya memenangi anugerah tersebut.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan yang dikecapi BGS Chapter UUM itu.

Menurutnya, kejayaan tersebut amat bermakna buat UUM dan tidak mungkin terjadi jika tidak kerana komitmen, dedikasi dan kerja keras yang diberikan oleh semua ahli BGS Chapter UUM.

“Saya berharap BGS Chapter UUM akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan demi kejayaan yang membanggakan universiti di persada antarabangsa dan meraih pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan,” katanya.

Setiap tahun, Beta Gamma Sigma mengiktiraf Chapter yang paling cemerlang di peringkat Emas, Perak, Gangsa dan Amalan Terbaik (Best Practice).

Anugerah ini merupakan pengiktirafan merit kepada Chapter yang terlibat dalam pelbagai aktiviti Chapter dan kemasyarakatan serta menunjukkan komitmen luar biasa terhadap misi Beta Gamma Sigma.

Misi Persatuan Kehormat Antarabangsa Beta Gamma Sigma adalah untuk mendorong dan mengiktiraf pencapaian akademik dalam pengajian perniagaan, memupuk dan meraikan kepemimpinan dan kecemerlangan profesional, memajukan nilai-nilai persatuan dan berbakti kepada ahli seumur hidupnya.

Selain diiktiraf oleh persatuan menerusi pelbagai acara sepanjang tahun, Chapter yang diiktiraf dengan anugerah Amalan Terbaik yang cemerlang juga menerima biasiswa Beta Gamma Sigma bernilai $500 USD untuk dianugerahkan kepada pelajar yang cemerlang.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com