Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Makanan kucing tanpa permit bernilai RM8,641 ditahan

Makanan kucing tanpa permit bernilai RM8,641 ditahan

oleh Ammar Haziq

BUKIT KAYU HITAM, 2 APRIL 2021 – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah berjaya menahan sebuah lori yang membawa makanan haiwan seberat 1, 600 kilogram dari Thailand tanpa permit yang sah di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah pada Rabu.

Hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan ke atas sebuah lori mendapati, sebanyak 200 kotak makanan haiwan yang dianggarkan bernilai RM 8,641.00 cuba dibawa masuk ke Malaysia untuk pasaran tempatan. Kesemua barangan tersebut ditahan untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai sebarang dokumen dan permit import yang sah daripada MAQIS.

Perbuatan mengimport tanpa suatu permit yang dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. Jika sabit kesalahan, pengimport boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua – duanya sekali di bawah Seksyen 11(3), Akta yang sama.

Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] digunapakai bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan mematuhi aspek kesihatan manusia serta dapat mengawal kemasukan penyakit merbahaya yang boleh mengancam industri perikanan negara.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Perhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com