Bersatu, Pas terus kukuhkan PN

159

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

SETIAUSAHA AGUNG BERSATU & SETIAUSAHA AGUNG PAS

PENGUKUHAN KERJASAMA BERSATU & PAS
DALAM PERIKATAN NASIONAL.

Setelah mengikuti senario mutakhir plitik negara, kepimpinan tertinggi BERSATU
dan PAS, diketuai oleh Presiden BERSATU, YAB. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin
Haji Mohd Yassin dan Presiden PAS, YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin
Awang, telah mengadakan suatu pertemuan pada 30 Mac 2021 bagi merangka
halatuju kerjasama lebih mantap dan berstrategi dalam Perikatan Nasional.

Menginsafi pentingnya kestabilan politik sebagal teras kelangsungan Kerajaan
Perikatan Nasional dalam membela kebajikan rakyat dan terutama buat masa ini bagi
menangani wabak COvID-19, kepimpinan tertinggi BERSATU dan PAS telah
bersetuju dengan ketetapan asas seperti berikut:

  1. BERSATU dan PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU15;
  1. BERSATU dan PAS, selaku antara Parti Pengasas Utama Perikatan
    Nasional, akan menubuhkan suatu Jawatankuasa Permesyuaratan di
    peringkat Pusat bagi merangka strategi dan halatuju Parti khusus bagi menghadap! PRU15, termasuk rundingan pengagihan kerusi.

Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi
Perikatan Nasional untuk dimuktamadkan secara kolektif di kalangan semua
parti-parti komponen;

  1. BERSATU dan PAS bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’
    untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya.
  1. BERSATU dan PAS sentiasa komited untuk memperkukuhkan penyatuan
    ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama
    dengan mana-mana pihak yang mendokong konsep tersebut, sekaligus
    menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang telah sedia
    terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan Perikatan Nasional
    yang dibina secara bersama.

BERSATU dan PAS menyeru semua pertubuhan dan persatuan Melayu, Islam dan
Bumiputra terutamanya dan rakyat Malaysia yang cintakan negara agar bersatu hati
untuk bersama-sama berjuang dalam saf yang sama demi masa depan Malaysia yang
lebih gemilang.

Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung BERSATU

Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS

Bertarikh: 31 Mac, 2021.