Wednesday, 24, April, 2024
Utama Negeri Tindakan Sanusi kritik pegawai khasnya di media sosial dikesali

Tindakan Sanusi kritik pegawai khasnya di media sosial dikesali

oleh Ammar Haziq
Syed Mohd Johan (empat kanan) semasa mengikuti PAU 2020 di PWTC.

Pemuda UMNO Negei Kedah memandang serius posting facebook Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor yang disifatkan sebagai serangan terbuka terhadap Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah Mohamad Fadzil Zolkipli, yang juga Pegawai Khas Menteri Besar.

Posting yang mendakwa Fadzil berbohong adalah diambil dari luar konteks ucapan berkenaan dan dilihat gagal memahami maksud sebenar apa yang disampaikan semasa ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO Ahad lepas.Ucapan dan perbahasan saudara Mohd Fadzil juga tidaklah sama sekali mempunyai ‘bad faith’ atau bertujuan prejudis terhadap pentadbiran Pejabat MB dan memburukkan sesiapa.

Pemuda UMNO Kedah menyifatkan posting MB Kedah dalam laman muka buku rasmi tidak sepatutnya berlaku dan MB gagal mengamalkan kepimpinan qudwah hasanah selaku seorang ketua di pejabat dan pemimpin tertingi negeri.

Apatah lagi pandangan posting tersebut diabsahkan melalui kenyataan rasmi Pejabat Menteri Besar melalui Ketua Setiausaha Sulit Dato Arminshah Siraj.

Tidak patut disuarakan terbuka teguran kepada pegawai beliau, tanpa proses pendengaran keadilan pihak yang dituduh dan menuduh sedangkan wujud pilihan komunikasi lain yang lebih berhemah dan terhormat.

Isu berkenaan bukan besar malahan boleh dianggap bukan ada isu apapun (non issue), tetapi apabila MB sendiri turut campurtangan ia menjadi ledakan yang tidak perlu.

Campurtangan MB itu juga sebenarnya tidak perlu, adalah lebih baik beliau menumpukan hal ehwal pentadbiran negeri dan isu rakyat yang memerlukan tindakan segera.

Adalah perlu selaku ketua di pejabat dan selaku pemimpin berhati mulia seperti yang sangat ditekankan dalam ciri kepimpinan Islam, posting dan surat rasmi berkenaan dipadamkan dan ditarik balik.

MB juga mesti memberi ruang bela diri dan mendengar sendiri pendapat Fadzil sebelum membuat sebarang keputusan dan kalau ada kelemahan suasana di pejabat, maka perbaikilah, janganlah secara mentah menidakan, menafikan dan menolak kelemahan(jika ada) yang mungkin wujud.

Menyentuh posting terbaru setiausaha politik Menteri Besar dalam isu permohonan maaf dari Sdr Fadzil, Pemuda UMNO Kedah tetap dengan prinsip tiada apa kesalahan berlaku dipihak saudara Fadzil melainkan kekhilafan tafsiran yang berlaku pada pihak pentadbiran Pejabat MB. Maka, Soal minta maaf terbuka ataupun tidak sepatutnya tidak timbul.

Pemuda UMNO Kedah berharap, pentadbiran Pejabat MB jangan mempersulitkan sesuatu yang mudah, kelak dilihat memutarkanbelitkan situasi dan fakta serta bertindak secara tidak matang dan kebudak budakan.

Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com