Friday, 19, April, 2024
Utama Nasional Kos haji dijangka meningkat kepada RM25,000

Kos haji dijangka meningkat kepada RM25,000

oleh Ammar Haziq
Ibadah haji dijangka dibenarkan pada tahun 2021 namun dengan SOP ketat yang bakal digariskan oleh Kerajaan Arab Saudi. Foto 123RF

KUALA LUMPUR – Peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang dikenakan Kerajaan Arab Saudi bermula Julai tahun lalu menyaksikan kos pelaksanaan ibadah haji juga bakal meningkat sekurang-kurangnya sehingga sembilan peratus.

Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pada tahun 2019/2020 kos pelaksanaan ibadah haji bagi seorang jemaah adalah sekitar RMRM22,900.

Menurutnya, peningkatan VAT ini menyaksikan peningkatan kos pelaksanaan ibadah haji seorang jemaah mampu mencecah RM25,000.

“Bagaimanapun sehingga kini TH belum menerima sebarang kepastian mengenai ibadah haji tahun ini. TH menjangkakan SOP dan protokol musim haji yang ketat akan dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Jadi sebarang pertambahan kos melibatkan perkhidmatan atau cara pengendalian baru belum dapat dijangkakan buat masa ini,” katanya pada sidang media di Menara TH, pada Jumaat seperti yang dipetik menerusi sebuah portal.

Mengulas lanjut, Syed Saleh berkata, beliau tidak mampu memberikan maklumbalas sama ada kos tambahan tersebut akan ditanggung oleh jemaah haji kerana belum menerima perincian terperinci daripada Arab Saudi.

Sebelum ini sejak tahun 2009, jemaah haji muassasah TH yang menunaikan haji kali pertama adalah sebanyak RM9,980 di mana kos selebihnya ditanggung subsidi kerajaan.


Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com