Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Tindakan pantas polis gagalkan lelaki cuba bunuh diri

Tindakan pantas polis gagalkan lelaki cuba bunuh diri

oleh Ammar Haziq

SUNGAI PETANI – Polis berjaya mengagalkan usaha seorang penganggur berusia 45 tahun yang cuba bunuh diri dengan berdiri atas pagar penghadang di tengah Jambatan Semeling, di Sungai Petani, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira 1 petang itu mengemparkan orang awam yang melalui jambatan tersebut sebelum membuat kecemasan kepada pihak berkuasa.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah yang berkata, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah juga berada di lokasi.

“Suspek dilihat berdiri di atas pagar penghadang jalan Jambatan Semeling dengan niat terjun ke Sungai Semeling untuk bunuh diri.

“Suspek berjaya dipujuk dan diselamatkan oleh anggota polis yang hadir di lokasi kejadian sejurus  terima panggilan dari orang awam melalui MERS 999,”katanya

Mengulas lanjut, anggotanya telahpun menahan lelaki tersebut dan hasil saringan air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Tekanan hidup akibat masalah kewangan serius selain di bawah pengaruh dadah semasa kejadian menjadi punca. Hasil siasatan juga mendapati suspek sudah berkahwin, mempunyai tiga orang anak dan tidak mempunyai pekerjaan,”katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com