Thursday, 25, April, 2024
Utama Nasional Undi 18, kenyataan Rais tidak wakili kerajaan

Undi 18, kenyataan Rais tidak wakili kerajaan

oleh Ammar Haziq

ARMADA MENYOKONG PENUH UNDI 18, KENYATAAN TS RAIS TIDAK MEWAKILI KERAJAAN

Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti BERSATU ingin menzahirkan pendirian jelas ARMADA rentetan kenyataan Tan Sri Dr. Rais Yatim yang berpendapat bahawa Undi 18 yang tidak praktikal untuk diadakan ‘musim ini’, sewaktu menjawab pertanyaan penonton dalam wawancara melalui BERNAMA TV pada program Ruang Bicara bertajuk Signifikan Parlimen dalam Pembinaan Negara Bangsa yang turut dilaporkan portal berita Utusan Malaysia.

Dengan rasa hormat, mewakili ARMADA yang sejak awal berpendirian menyokong pelaksanaan Undi 18 merasakan bahawa anak muda sememangnya perlu diberikan hak untuk memilih. Melalui kajian dalaman yang digerakkan oleh Biro Undang-Undang ARMADA baru-baru ini (Februari 2021), majoriti ARMADA menyokong pelaksanaan Undi 18 sekaligus menandakan ketekalan ARMADA sejak inisiatif Undi 18 digerakkan pada tahun 2018 dan ARMADA sendiri merupakan salah satu entiti pendokongnya.

Sememangnya terdapat kekhuatiran mengenai kesediaan negara dalam memberikan pendidikan politik kepada masyarakat utamanya anak muda agar mereka memahami peranan dan hak mereka sebegitu cabaran yang bakal dihadapi dalam memaknai Demokrasi, supaya pilihan mereka tidak didorong oleh paksaan mahupun pengaruh luar.

Sejajar dengan hasrat kelulusan di peringkat Parlimen yang prihatin untuk melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab atas hak dan pilihannya bukan dek kerana peranan ‘populist’ semata di samping menanamkan ilmu demokrasi dan kenegaraan melibatkan entiti non-partisan.

ARMADA yang menyokong pelaksanaan Undi 18 berharap segenap proses diteliti dengan baik untuk memastikan implementasi Undi 18 berjalan dengan lancar. Dalam pada itu ARMADA berpendapat, kenyataan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim adalah merupakan pandangan peribadi beliau dan secara jelas ianya tidak mewakili kerajaan sepertimana tuduhan yang dibuat oleh beberapa entiti yang berniat jahat memburukkan kerajaan.

Tan Sri Dr. Rais adalah Speaker Dewan Negara, bukannya wakil SPR atau individu yang terlibat dalam kerajaan selaku entiti yang bercakap mewakili pihak kerajaan. Kerana itu tohmahan ke atas kerajaan mengenai pelaksanaan Undi 18 adalah merupakan suatu falasi untuk mencipta sentimen buruk kepada kerajaan. Ketidakfahaman ‘struktur’ ini juga adalah bukti betapa pentingnya pendidikan politik untuk diajarkan kepada masyarakat dan anak muda. Malah parti politik yang secara jelas tidak faham asas kenegaraan dan demokrasi dalam negara. Justeru persoalannya, adakah benar kita bersedia?

MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR
KETUA PENERANGAN ARMADA BERSATU NASIONAL

11 MAC 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com