Friday, 29, March, 2024
Utama Nasional 10,000 kuota tambahan haji untuk Malaysia

10,000 kuota tambahan haji untuk Malaysia

oleh Ammar Haziq
Muhyiddin ketika mengadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman di Riyadh. Foto ihsan FB Muhyiddin Yassin.

RIYADH – Arab Saudi bersetuju memberikan kuota tambahan haji kepada Malaysia sebanyak 10,000.

Perkara gembira itu dikongsikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di sini.

Menurutnya, kuota tersebut diberikan selepas COVID-19) pulih sepenuhnya.

“Kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya pada sidang media selepas menghadap Putera Mahkota seperti dipetik Astro Awani.

Ketika ini, kuota rasmi haji bagi jemaah Malaysia adalah sebanyak 31,600.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia akan diberi perhatian utama dalam pertambahan jumlah jemaah.

“Putera Mahkota juga memaklumkan kota Mekah dan Madinah masih dalam proses pembesaran dan ini boleh menambah jumlah haji dan umrah,”katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com