Friday, 29, March, 2024
Utama Umum Air mata pencari lokan buat netizen terharu

Air mata pencari lokan buat netizen terharu

oleh Ammar Haziq
Wea Selamos (kiri) terharu menerima buku inspirasi dari Azlan sendiri.

Seorang pencari lokan terharu menangis apabila seorang jutawan terkenal mengotakan janji untuk hadir membeli lokannya di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan.

Wea Selamos terkejut apabila kehadiran jutawan tersebut,Azlan Al Amin yang datang menaiki helikopter bagi melakukan urusan jual beli lokan dengannya bukan gurauan malah kini telah tular di media sosial.

Wea Selamos tidak mahu ketinggalan untuk merakamkan gambar kenangan bersama Azlan.

Difahamkan, jutawan tersebut bukan sahaja datang membeli lokan tetapi juga turut mempelawa Wea Selamos untuk menaiki helikopternya.

Wea Selamos sebelum ini memang aktif berniaga di media sosial dan menurutnya pada mulanya wea selamos menyangka itu hanyalah gurauan di laman sosial milik jutawan tersebut.

“Selepas itu apabila wea selamos terdengar bunyi helikopter berlegar legar di udara lalu wea selamos terharu sehingga menitiskan air mata seakan tidak percaya dengan kedatangan jutawan hartanah di kediaman di kampung baru nelayan tumpat.

“Lebih terharu apabila Tuan Azlan turut membawa wea selamos menaiki helikopter,”katanya ketika melalui Facebooknya.

Wea Selamos merakamkan detik kenangan terindah yang tidak akan dapat dilupakan olehnya selepas ini.

Tambahnya, beliau bersyukur kerana masih ada lagi hartawan yang mahu berkongsi kesenangan dengan rakyat marhaen sepertinya.

“Nama pangkat darjat bukan segala-galanya atas dunia yang penting keikhlasan hati. Insha Allah, bila kita di atas ingat orang yang dibawah smoga Azlan Al Amin murah rezeki dan diberikan kesihatan sempurna dunia dan juga akhirat,”katanya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com