Thursday, 25, April, 2024
Utama Nasional Bunuh anak, sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati

Bunuh anak, sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati

oleh Ammar Haziq

KUALA TERENGGANU- Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Ahad menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada sepasang suami isteri selepas didapati bersalah membunuh gadis mereka pada 2016.

Memetik laporan Sinar Harian, Hakim, Datuk Zainal Azman Abd Aziz menjatuhi hukuman itu terhadap Anuar Yusof, 55, dan isterinya Murni Ahmad, 40 selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan yang dilakukan.

Namun, mahkamah melepaskan membebaskan dua anak mereka Siti Sarah Anuar, 26 dan Amir Sharif Anuar, 19, daripada pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat beranak berkenaan telah didakwa bersama-sama membunuh mangsa Siti Hajar Anuar, ketika kejadian berusia 22 tahun di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai Chukai, Kemaman, kira-kira jam 10.45 malam, pada 26 April 2016.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Pendakwaan kes telah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud dan kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

Lima tahun lalu, media di negara ini telah melaporkan punca kematian seorang gadis terbongkar apabila mangsa dipercayai meninggal dunia akibat didera oleh keluarganya.

Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa yang hanya memiliki berat badan 18 kilogram itu meninggal dunia kerana jangkitan kuman selain mempunyai kesan gigitan manusia di tubuhnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com