Thursday, 25, April, 2024
Utama Umum 30 peratus ahli KWSP keluarkan simpanan akaun 1, KWSP bimbang

30 peratus ahli KWSP keluarkan simpanan akaun 1, KWSP bimbang

oleh Ammar Haziq
Tunku Alizakri Alias

KUALA LUMPUR – Semasa pandemik Covid-19 melanda negara sejak Mac tahun lalu, sebanyak hampir 30 peratus ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan wang simpanannya dalam akaun 1.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, dijangkakan 60 peratus ahli pula akan menggunakan wang daripada Akaun 2.

Menurutnya, akaun tersebut adalah untuk memudahkan ahli untuk membeli rumah, bil perubatan dan pendidikan serta meningkatkan skil mereka.

“Kita dapati banyak simpanan ahli telah menurun, kita percaya lebih kurang 30 peratus daripada mereka telah keluarkan hampir kesemua wang persaraan mereka di dalam Akaun 1. Mereka cuma terpaksa tinggalkan RM100 di dalam akaun sebagai syarat.

“KWSP agak bimbang berkenaan perkara ini, kita akan terus melakukan lebih banyak aktiviti serta kempen kesedaran betapa pentingnya simpanan untuk hari tua,” katanya dalam Laporan Kewangan KWSP bagi tahun 2020 pada Sabtu.

Mengulas lanjut, sebanyak RM18.1 bilion simpanan telah dikeluarkan oleh 5.16 juta ahlinya menerusi Skim Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari yang dilancarkan sebelum ini.

“KWSP juga turut membenarkan ahli mengurangkan caruman wajib daripada 11 peratus kepada 7 peratus berkuatkuasa April 2020 sehingga Disember 2020.

“Hal ini bertujuan membantu meringankan bebanan mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19,”katanya lagi.

Terdahulu, KWSP mengumumkan dividen 5.20 peratus bagi simpanan Konvensional bagi tahun 2020 manakala 4.90 peratus untuk simpanan Syariah.





Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com