TMJ sentiasa tanya Ustaz Ebit apa perlu dibantu

288
Pertemuan TMJ dan Ustaz Ebit pada hari ini mendapat perhatian netizen.

JOHOR BAHRU – Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew mendedahkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sentiasa menghubunginya bertanyakan keperluan atau bantuan yang diperlukan beliau.

Menulis di Facebooknya pada Jumaat, Ustaz Ebit berkata, beliau terharu apabila diperkenankan untuk mengadap TMJ di Kelab Polo, Istana Pasir Pelangi untuk menerima sumbangan sebanyak RM100,000 daripada baginda dan juga kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Terharu Tunku risau keadaan rakyat. Kesusahan dan penderitaan mereka. Berbincang dan menyokong usaha saya lakukan. Saya sendiri melihat setiap hari Tunku dan Tuanku Sultan Johor setiap hari membantu rakyat.

“Terharu layanan mesra dan bersungguh-sungguh Tunku memberi kata semangat. Banyak perkara dibincangkan semuanya mengenai kebaikan kita semua.Teringat kisah Khalifah dulu yang memikirkan keadaan rakyat. Subhanallah. Semoga Allah memberkati Tunku dan keluarga.

“Tadi Tunku dan JDT memberi sumbangan banyak Rm100 ribu. Baru ini Rm200 ribu. Tunku selalu mesej tanya ada apa yang perlu dibantu. Ada masalah apa-apa. Terasa malu dan segan. Saya cuma orang biasa. Tapi Tunku TMJ layan macam kawan-kawan sahaja,”katanya.

Pertemuan TMJ dan Ustaz Ebit pada Jumaat mendapat perhatian banyak netizen dan ramai mendoakan agar gandingan tersebut akan dapat terus membantu rakyat yang memerlukan.