Thursday, 2, May, 2024
Utama Nasional Kompaun RM10,000 langgar SOP Covid-19 bermula 11 Mac

Kompaun RM10,000 langgar SOP Covid-19 bermula 11 Mac

oleh Ammar Haziq
Anggota polis dan tentera mengadakan pematauan SOP di Jeti feri Kuala Kedah semasa PKP 2.0 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kompaun sebanyak RM10,000 menanti mereka yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 bermula 11 Mac ini.

Menerusi, paparan e-Warta Persekutuan, menerusi Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan pada Khamis, kompaun berkenaan akan berkuat kuasa pada tarikh tersebut.

Menerusi pindaan itu juga, syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000.

Selain itu, orang ramai yang melakukan kesalahan Ordinan Darurat boleh ditangkap, manakala individu dijangkiti atau disyaki terkena jangkitan atau menjadi kontak pula boleh dipakaikan dengan peranti pengesanan.

Pemasyhuran ordinan itu dibuat Yang di-Pertuan Agong yang berpuas hati tindakan serta-merta dikehendaki bagi meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 diwartakan susulan Proklamasi Darurat dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong, mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan, 11 Januari lalu.

Peranti pengesanan itu termasuklah suatu gelang tangan atau apa-apa peranti yang diberikan pegawai yang diberi kuasa dan sebarang perbuatan memusnah, merosak, menghilang atau mengubahnya, menjadi satu kesalahan.

Ketika ini, individu dan syarikat yang melakukan kesalahan itu, hanya dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com