Kenapa mantan menteri tidak lapor SPRM?

106

PEMUDA PAS KEDAH BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah membuat satu laporan polis terhadap seorang bekas menteri dari Pakatan Harapan berkenaan kenyataan di akhbar Berita Harian bertajuk “Salahuddin dakwa pernah ditawar percutian mewah: Bekas menteri tolak pelawaan supaya ‘kartel’ jadi pilihan utama kementerian”.

Di dalam akhbar Berita Harian ini dilaporkan mengenai kisah Datuk Seri Salahuddin Ayub menolak tawaran percutian kelas pertama di Eropah oleh sebuah syarikat kartel daging import ketika baru beberapa bulan dilantik ke jawatan berkenaan.

Kami merasakan Kenyataan ini mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub kerana melanggar Seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mewajibkan mana-mana pegawai badan awam yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan untuk melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu kepada pegawai SPRM atau PDRM yang paling hampir.

Kenyataan ini menyebabkan Datuk Seri Salahuddin Ayub perlu disiasat di bawah Seksyen 25 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan bahawa kegagalan untuk melaporkan transaksi penyogokan adalah suatu kesalahan yang “apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya”.

Kesalahan yang dibuat oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub ini serius kerana beliau adalah mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahli Parlimen Pulai, Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara yang ramai pengikut.

“kami mempersoal kenapa Solahudin ayub ketika menjadi Menteri Zaman PH tidak melaporkan kes sogokan seperti mana yang didakwa kepada SPRM, ia bertentangan dengan akta SPRM

Sebelum ini lima orang kakitangan Kementerian Kewangan telah didenda oleh mahkamah kerana gagal melaporkan kesalahan sogokan berlaku dua tahun lalu dan buat pertama kali mereka didakwa di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694). Bagi Pemuda PAS Kedah, Solahudin Ayub perlu disiasat dan dak didawka atas Akta yang sama

Kegagalan Solahudin ayub melaporkan kes sogokan tersebut kepada SPRM mengambarkan integriti rendah kerajaan PH ketika berkuasa” Ujar Abdul Hadi Omar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Turut hadir Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Adnan Bin Yusuf dan Ikram Zaki Bin Mohd

Oleh itu pihak kami memohon agar pihak polis membuat siasatan ke atasnya.