Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Scammer amatur menyamar MB Kedah whatsapp minta duit

Scammer amatur menyamar MB Kedah whatsapp minta duit

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Scammer amatur, itu gelaran yang diberikan oleh netizen kepada tindakan seorang individu yang cuba menyamar sebagai Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dengan menggunakan aplikasi Whatsapp meminta duit dari kenalan pemimpin tersebut.

Salah seorang individu yang hampir menjadi mangsa adalah Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan Negeri Kedah, Halimaton Shaadiah Saad.

Hasil tinjaun Kedah Gazette di Facebook Muhammad Sanusi mendapati rata-rata netizen mengakui ada menerima whatsapp daripada nombor yang sama.

Tidak kurang juga yang mahu Menteri Besar Kedah membuat laporan polis agar scammer tersebut dibawa ke muka pengadilan kerana maklumat seperti nama sudah ada di no akaun yang disertakan tersebut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com