Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Laptop buat kembar, moga berjaya dalam pelajaran

Laptop buat kembar, moga berjaya dalam pelajaran

oleh Ammar Haziq
Abdul Hadi (dua kanan) menyampaikan sumbangan laptop kepada pasangan kembar tersebut.

JERLUN- Kesusahan mahasiswa pasangan kembar berakhir dengan menerima sumbangan komputer riba daripada NGO Jerlun Care dengan kerjasama Pemuda PAS Jerlun.

Pasangan kembar adik Ikhwan Ariff Bin Saad dan Ilmi Ariff bin Saad 19 tahun yang kini sedang menuntut di Politeknik Muadzam Shah dalam jurusan Automotif ini menerima sumbangan komputer riba ini di rumahnya Kg Telaga Batu petang

“kami tersentuh dan sayu apabila dapat bertemu muka dengan pasangan kembar mahasiswa Jerlun ini, dari kecil berkongsi peralatan sehingga ke peringkat sekarang, laptop ini juga mereka akan berkongsi.

“Semoga sumbangan Laptop ini dapat memudahkan urusan pembelajaran secara online dan didoakan semoga berjaya dalam pelajaran seterusnya membuktikan Jerlun mempunyai anak muda yang berjaya dan hebat dalam pelbagai bidang.

“Kelmarin dan hari ini kami berjaya menyampaikan 2 buah laptop kepada mahasiswa Jerlun yang kurang berkemampuan,” kata Penasihat NGO Jerlun Care merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerlun, Abdul Hadi Omar.

Bagi mana-mana pihak yang ingin turut menyampaikan sumbangan dan menjayakan projek sumbangan kepada pelajar dan mahasiswa Jerlun kategori asnaf, boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank | 552068512164 | Tel : 0164448506
Pertubuhan Penyayang Jerlun (Jerlun Care).

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com