Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri King Cobra menyelinap masuk dalam rumah

King Cobra menyelinap masuk dalam rumah

oleh Ammar Haziq
Anggota APM Sik Kedah menjerut King Cobra tersebut menggunakan peralatan khas.

SIK- Angkatan Pertahanan Awan Malaysia (APM) Sik berjaya menjerut reptilia berbahaya iaitu seekor tedung selar sepanjang 11 kaki dianggarkan seberat 8kg di Kampung Merbau Kudung, dekat sini.
.
Menurut tuan rumah, Ashikin, 27, beliau ternampak “king cobra” berkenaan di bawah kabinet dapur dan terus menghubungi Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik
.
Lt.(PA) Haisul Aishah Binti Mohd Napiah, Pegawai APM Sik berkata Skuad APM menerima panggilan kecemasan berkenaan sekitar jam 07.21 malam pada Isnin.

Reptilia berkenaan berjaya dijerut menggunakan peralatan khas selepas 18 minit.

Menurut ketua skuad Charlie, Sjn (PA) Mohd Zamri memaklumkan walaupun reptilia berkenaan agak agresif namun skuad Charlie berjaya menjerut dengan pantas tanpa sempat ia melarikan diri.
.
Tambah Pegawai APM Sik lagi, musim kemarau sekarang menyebabkan haiwan berkenaan mencari tempat sejuk untuk berteduh.

Jadi beliau menasihatkan orang ramai berhati² setiap masa dan segera hubungi APM Sik di talian 04 469 8221 jika terdapat sebarang kecemasan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com