Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Kobis bernilai RM21,160 tidak sah dari Thailand ditahan

Kobis bernilai RM21,160 tidak sah dari Thailand ditahan

oleh Ammar Haziq


FOTO/TEKS MAQIS

KEDAH – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk sayuran segar iaitu kobis tanpa mematuhi syarat import apabila menahan sebuah lori dari Thailand di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Menurut Pengarah MAQIS Negeri Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawai MAQIS, mendapati seberat 21,160 kilogram kobis yang dianggarkan bernilai RM 21,160.00 yang cuba dibawa masuk itu tidak mematuhi syarat import sepertimana yang telah ditetapkan iaitu gagal mematuhi Perakuan Pengredan, Pembungkusan dan Perlabelan sebagaimana yang dinyatakan dalam sijil 3P. Kesemua dagangan ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya lagi, kegagalan untuk mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama.

Menurutnya lagi, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa di semua pintu masuk negara bagi keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan aspek biosekuriti Negara terjamin.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com