Thursday, 25, April, 2024
Utama Nasional Puluhan ribu rakyat miskin, menteri dan timbalan dapat pingat

Puluhan ribu rakyat miskin, menteri dan timbalan dapat pingat

oleh Ammar Haziq

Kami teruja mendapat maklumat 30,000 warga miskin di Kuala Lumpur yang dimaklum oleh Menteri Wilayah Persekutuan daripada mendapat maklumat juga bahawa berbelasan Menteri dan Timbalan Menteri mendaoat pingat gelaran Datuk Seri dan Datuk , sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Kemiskinan bandar nampaknya semakin meningkat. Mereka yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan, kini bertambah akibat PKP Convid-19.

Golongan gelandangan juga semakin terserlah dibandar besar. Pengangguran bandar akan menjadi parah jika usha berkesan tidak diambil oleh pihak kerajaan.

Kami prihatian gejala kelaparan dan tren berniat untuk bunuh diri juga bertsmbah dibandar. Kehidupan yang sangat tertekan dirasai oleh rakyat terutama golongan B40.

Seharusnya semua Menteri dan Timbalan Menteri yang berjumlah 70 orang itu lebih memberi tumpuan kepada penderitaaan rakyat , bukan ghairah mendapat pingat dan gelaran.

Jelas pakej yang diumum oleh kerajaan dalam bajet 2021 belum terlihat menyelesaikan masalah. Jutaan yang sedang merasai keadaan akan mungkin menjadi lebih parah.

Covid-19 jelas mendedahkan jurang kaya miskin yang semakin membesar. Golongan elit M40 dan T20 tidak terkesan malah maseh hidup selesa.

Secara umumnya ratusan ribu yang kini menganggur adalah dikalangan pekerja muda. Bermakna produktiviti negara pasti menurun akibat mereka yang dibuang pekerjaan dipelbagai sektor adalah orang muda.

Kami kesal terdapat mereka yang masih teruja mengejar pingat dan pangkat, dalam keadaan rakyat sedang berdepan keperitan hidup.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com