Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Covid-19 : Cari alternatif agar pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran

Covid-19 : Cari alternatif agar pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran

oleh Ammar Haziq

MOHD NAZRI ABU HASSAN

SIK,KEDAH – Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial.


Ia juga dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti (Robiah Sidin, 1994:8). Apabila keadaan ini tercapai, kestabilan ekonomi, politik, dan sosial akan dapat berkembang maju.


Sebagai contohnya pada zaman pemerintahan Inggeris, punca kaum Melayu mundur dan miskin adalah disebabkan mereka tidak diberikan peluang yang sama untuk mendapat pendidikan.


Hal ini mempunyai kaitan yang rapat dengan dasar dan sistem pelaksanaan pendidikan yang tidak meliputi semua golongan masyarakat. Kita perlu akui pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari masa kanakkanak lagi (Jean Jacues Roussea).


Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi (Mok Soon Sang, 2000:xvi). Masyarakat dan pendidikan adalah bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuan membentuk
insan.


Dalam keadaan ini, walaupun kita menghadapi pandemik covid-19 ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita mengabaikan sistem pendidikan Negara dari segenap lapisan masyarakat.


Kita perlu akui bahawa keterbatasan tertentu wujud di kalangan masyarakat dari sudut capaian internet dan siaran televisyen mahupun radio serta peranti berkaitan.
Kementerian perlu berfikir kesesuaian pendidikan yang merangkumi segenap lapisan
masyarakat.


Tidak diakui bahawa di alaf globalisasi dan modenisasi ini semuanya berpaksikan kepada sistem digital namun perlu juga kita akui bahawa Negara kita belum bersedia ke arah itu.
Saya mencadangkan supaya adanya alternatif lain agar pelajar-pelajar ini tidak ketinggalan dengan silibus pendidikan mereka, bukan sahaja di peringkat SPM namun dari pendidikan awal kanak-kanak itu juga penting.


Saya yakin bahawa perkara ini turut menjadi kerisauan para guru dan ibubapa.
Oleh yang demikian kementerian perlu memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini dengan segara.


Saya menyokong penuh usaha YB Senator Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin yang begitu prihatin terhadap masalah ini dan mengharapkan ada lagi penambah baikan khususnya bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar seperti di Daerah Sik, Kedah.


MOHD NAZRI BIN ABU HASSAN
SETIAUSAHA BERSATU NEGERI KEDAH
KETUA BAHAGIAN BERSATU SI

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com