Wednesday, 24, April, 2024
Utama Negeri Apa Inisiatif Kedah bantu rakyat hadapi PKP 2.0?

Apa Inisiatif Kedah bantu rakyat hadapi PKP 2.0?

oleh Ammar Haziq
MOHAMMED FIRDAUS JOHARI

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 2.0: APA INISIATIF KERAJAAN NEGERI KEDAH? MENTERI BESAR KEDAH PERLU SEGERA UMUMKAN PAKEJ BANTUAN RAKYAT KEDAH (COVID-19)


1. Hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Negeri Kedah selama 14 hari seperti mana diumumkan oleh Kerajaan pada 19 Januari 2021 yang lalu. Ini merupakan PKP kali kedua dilaksanakan di Kedah selepas kali pertama diperkenalkan pada bulan Mac tahun lalu. 


2. AMK Kedah ternanti-nanti sebarang pengumuman Pakej Bantuan Rakyat Kedah (COVID-19) dari YAB Hj Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah. Tetapi malangnya sehingga hari ini tiada sebarang pengumuman bantuan bagi membantu rakyat Kedah dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Malah lebih menyedihkan, YAB Menteri Besar Kedah lebih tertumpu kepada pembatalan cuti Peristiwa Perayaan Thaipusam berbanding isu ini yang sepatutnya diberi keutamaan. 


3. YAB Menteri Besar Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah seharusnya mengambil langkah yang lebih proaktif dan prihatin rakyat dengan meluluskan peruntukan khas Pakej Bantuan Rakyat Kedah (COVID-19) bagi membantu kumpulan sasaran yang terjejas dan memerlukan bantuan. Pakej Bantuan Rakyat Kedah (COVID-19) ini penting bagi melancarkan aliran tunai serta mengurangkan impak serta kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 


4. Justeru, AMK Kedah mencadangkan kepada YAB Menteri Besar Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah agar mengenal pasti kumpulan sasaran yang memerlukan pengagihan dan bantuan dari Pakej Bantuan Rakyat (COVID-19) ini. Kumpulan sasaran ini haruslah merangkumi: 
i. Peniaga, penggerai dan penjaja berlesen; 
ii. Peniaga pasar;
iii. Pengusaha Kantin Sekolah; 
iv. Penoreh Getah; v. Pesawah dan Petani; 
vi. Nelayan; ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA 
vii. Golongan B40 dan M40 yang berkelayakan untuk menerima bantuan bakul makanan; 
viii. Pelajar sekolah yang tidak mempunyai sebarang peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian dan data internet. 
ix. Waris keluarga atau kontak rapat pesakit Covid-19 yang terpaksa dikuarantin di rumah dan tidak dibenarkan keluar untuk membeli barangan dapur atau makanan. 


5. AMK Kedah merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan (frontliner) yang bersungguh-sungguh berkhidmat dan menjalankan tugas bagi memerangi wabak Covid-19 ini. Sekian. 

MOHAMMED FIRDAUS JOHARI
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah 
22 Januari 2021  

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com