Apa alasan RoS menafikan pendaftaran Pejuang dan Muda? – Anwar

129

KENYATAAN MEDIA

7 Januari 2021

Keputusan RoS untuk menafikan pendaftaran Pejuang dan Muda tidak dapat diterima sama sekali.

Hak berkaitan ini sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu kita menggesa RoS untuk menyatakan apa alasan serta hujah yang kukuh mengapa parti-parti ini dinafikan pendaftarannya.

Pejabat pendaftar bukan perkakas politik bagi pihak yang di dalam kerajaan untuk diperalat sesuka hati demi agenda mereka.

Ketelusan dan kebertanggungjawaban mesti ditegakkan agar para kakitangan jabatan pendaftar tahu dan sedar akan tanggungjawab mereka dan setiap tindakan dan keputusan mereka wajar dipersoalkan.

ANWAR IBRAHIM