Friday, 29, March, 2024
Utama Sukan Dua syarikat bakal pemilik KDA FC

Dua syarikat bakal pemilik KDA FC

oleh Ammar Haziq

Kenyataan Media oleh YAB Menteri Besar Kedah
Bertarikh: 6 Januari 2021

Sukacita saya umumkan satu projek berimpak tinggi menjadikan negeri Kedah sebagai sebuah hub pemasangan kenderaan teknologi hijau dan industri pertahanan yang utama di Asia Tenggara.

Projek ini akan dikendalikan oleh dua buah syarikat besar iaitu Go Auto Group dan Flumen Holdings Sdn Bhd yang turut mempunyai rangkaian perniagaan di luar negara.

Kedua-dua syarikat ini merupakan pemain utama dalam industri kenderaan cekap tenaga dan teknologi hijau serta terlibat dalam pembekalan peralatan pertahanan dan teknologi informasi.

Syarikat Go Auto sebagaimana kita maklum sudah mempunyai operasi kilang automatif di Gurun, Kedah sejak 2015.

Sehingga kini, syarikat Go Auto telah mengeluarkan kenderaan cekap tenaga jenama Haval dan Borgward dari China, van komersial dengan teknologi Higer, dan bas elektrik dengan jenama sendiri Go Auto.

Projek ini bakal menjana pelaburan langsung ke negeri Kedah dianggarkan berjumlah RM1.5 billion, penciptaan peluang pekerjaan lebih 8,000 orang serta kemasukan pemain industri automotif dan pertahanan terkemuka dunia.

Setelah diperhalusi dan dipersetujui dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini, kedua-dua syarikat ini akan bergabung memiliki 80% saham dalam Darulaman FC Sdn Bhd secara konsesi selama 5+5 tahun tertakluk kepada perjanjian.

Bagi pegangan saham dalam DFC, mereka akan menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang akan dimeterai kelak.

Pemilihan kedua-dua buah syarikat ini berdasarkan rekod dan potensi kewangan, perancangan pembangunan perniagaan bolasepak yang mandiri serta membawa nilai dan aktiviti pelaburan yang berimpak tinggi pada negeri Kedah.

Bonus; kerana mereka ada yang terdiri dari anak jati Kedah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com