Friday, 26, April, 2024
Utama Nasional Pemilik restoran Salleh nafi dirinya pencetus kluster Sivagangga

Pemilik restoran Salleh nafi dirinya pencetus kluster Sivagangga

oleh Ammar Haziq
Mohd Yusrizal (dua kanan) ketika ditemui di Mahkamah Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh, Nezar Mohamed Shabur Batcha,57, menafikan dirinya pencetus Covid-19 Kluster Sivagangga dalam kes saman RM1.5 juta oleh Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake).

Jelasnya, pemilik restoran itu juga menafikan dirinya menjadi punca kepada kerugian yang ditanggung oleh penduduk dan peniaga Napoh.

Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake), Mohd Yusrizal Yusoff berkata, defendan membuat penafian itu melalui notis pembelaaan difailkan terhadap kes saman oleh Cake yang mewakili 200 penduduk Napoh dan Megat Dewa melalui Tetuan Burhan & Company hari ini.

Berikut kenyataan penuh Cake :

Update kes saman Pencetus Kluter Sivagangga.

Mohd Nezar bin Shadbu Batcha (defendan) telah memfailkan pembelaan terhadap saman yang difailkan oleh Persatuan Pengguna Kedah (plantif) yang mewakili 200 orang penduduk Napoh dan Megatdewa.

Defendan diwakili oleh Tetuan Burhan & Co telah memfailkan bahawa

  1. Defendan tidak tahu kewujudan plantif dan plantif tidak mempunyai local standi utk menyaman defendan.
  2. Defendan mendakwa bahawa beliau bukanlah pencetus kluster PUI Sivagangga dan beliau telah membuat rayuan di Mahkmah Rayuan bahawa beliau tidak bersalah.

CAKE melalui peguam Zunun & Co akan membalas penyataan pembelaan dan permohonan mengenepikan kes kepada Mahkamah Tinggi dalam masa 14 hari.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com