Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri YADIM bantu mangsa banjir di Kulim

YADIM bantu mangsa banjir di Kulim

oleh Ammar Haziq

KULIM – Hujan lebat pada Sabtu petang baru-baru ini mengakibatkan beberapa daerah di negeri Kedah dilanda banjir kilat. Atas maklumat daripada rakan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah tampil menyalurkan sumbangan kepada mangsa yang terjejas di Kulim.

Sumbangan diberikan kepada 35 keluarga dari Kampung Belakang Taman Sang Kancil, dekat sini.

“Dimaklumkan gelombang pertama banjir penghujung November lalu mendapati air berada pada paras kira-kira antara 1 hingga 2 meter.

“Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang menghadapi ujian alam, terutama dari segi keperluan rumah,” kata Pengarah YADIM Kedah, Hajah Hafsah Husain.

Turut bersama Pertubuhan I-Care Kulim, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kulim, Pengerusi Sukarelawan YADIM kawasan Padang Serai, Sungai Petani dan Pendang.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com