Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Cukai air mentah wajar dilaksanakan

Cukai air mentah wajar dilaksanakan

oleh Ammar Haziq

Tuntutan bayaran pampasan air oleh Kedah kepada Pulau Pinang bukan perkara baru. Ia telah berlarutan puluhan tahun, melangkui beberapa orang Menteri Besar di Kedah dan beberapa orang Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Setiap kali kerajaan Kedah berubah pucuk pimpinan isu berkenaan bangkit semula tetapi tiada juga penyelesaian. Satu pihak meminta bayaran sementara satu pihak tidak mengendahkan tuntutan itu atas alasan mereka adalah negeri ‘riparian’ iaitu negeri laluan sungai.

Secara geografinya negeri Kedah adalah negeri ‘upstream’ iaitu hulu sungai manakala Pulau Pinang adalah negeri ‘downstream iaitu hilir sungai. secara perundangannya negeri ‘Riparian’ bole menerima faedah pengunaan secara munasabah ( reasonable use) aliran sungai.

Namun melihat situasi semasa faedah yang dinikmati Pulau Pinang adalah lebih daripada munasabah. memperoleh sumber air mentah secara percuma, merawat air dan menjual sumber ini untuk kegunaan seluruh rakyat pulau pinang dan kerajaan memperoleh keuntungan berlipat ganda. Manakala Kedah terpaksa berkorban tidak boleh melakukan pembangunan dan pembalakan di dataran hulu sungai muda demi manafaat rakyat Pulau Pinang tanpa apa apa hasil kepada kerajaan negeri.

Kaedah tuntutan itu masih sama sejak puluhan tahun dahulu, tetapi setiap kali tuntutan dibuat kerajaan Kedah mengharapkan keputusan yang berbeza.

Realitinya, pendekatan itu dilihat sudah tidak akan berkesan melihat reaksi kerajaan Pulau Pinang yang sememangnya tidak mahu membayar.

Tuntutan hanya meraih faedah reputasi politik, kerana menampakkan kita bertegas mempertahankan hak, tetapi tidak dinamik dalam situasi semasa iaitu perbezaan politik antara kerajaan Kedah dan Pulau Pinang.

Oleh itu kerajaan negeri Kedah perlu inovatif dalam tuntutan mereka jikalau mengharapkan keputusan yang berbeza. Kaedah menuntut dan terus menuntut tidak akan membuahkan hasil lagi.

Salah satu keadah adalah melobi campurtangan kerajaan pusat supaya mengubal peraturan mewajibkan Pulau Pinang membayar pampasan “pengorbanan dan kehilangan pendapatan” kepada Kedah, bagi memastikan keselamatan bekalan air kepada negeri jiran itu.

Sudah lama negeri ini berkorban dan sudah banyak kerugian pendapatan hanya bagi memastikan Pulau Pinang terus membuat keuntungan hasil bekalan air mentah dari Kedah.

Melobi kerajaan pusat agar mengadakan satu peraturan mewajibkan Pulau Pinang membayar sejumlah “cukai bekalan air mentah” adalah lebih realistik dan mempunyai harapan untuk mencapai kejayaan.

Kerajaan pusat mempunyai kuasa memperkenalkan peraturan pembayaran pampasan berbentuk cukai sedemikian.

Perkara 74 (1) Perlembagaan Persekutuan dan dibaca bersama artikel 11 (b) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai bekalan air, sungai dan terusan, kecuali yang keseluruhannya terletak di dalam satu Negeri atau yang dikawal selia oleh suatu perjanjian antara semua Negeri yang berkenaan pengeluaran, pengagihan dan pembekalan kuasa air.

Mengambil peluang pegangan politik yang selari antara Kerajaan Kedah dan Persekutuan, ini adalah masa terbaik mengusulkan kewujudkan peraturan sebegitu.

Wujudnya peraturan “cukai bekalan air mentah” itu turut menguntungkan negeri lain sekiranya mereka berhadapan situasi sama seperti Kedah dan Pulau Pinang.

Pada masa yang sama kerajaan negeri perlu terus menuntut pampasan tahunan ataupun royalti padi daripada kerajaan pusat akibat kehilangan pendapatan kerana mengekalkan kawasan tadahan hujan di Hulu Muda.

Royalti itu harus terus diperjuangkan atas dasar mempertahankan tanah sawah dan “food security” memastikan bekalan beras negara mencukupi.

Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com