Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Pemuda Pas Kedah dakwa KM Pulau Pinang angkuh, hipokrit

Pemuda Pas Kedah dakwa KM Pulau Pinang angkuh, hipokrit

oleh Ammar Haziq

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
11 Disember 2020 |Jumaat

KM Pulau Pinang Angkuh Dan Hipokrit, Patut Utamakan Rakyat Isu Pampasan

Kenyataan terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow tidak akan membayar caj air mentah kepada Kedah adalah bersifat angkuh dan hipokrit serta memberi gambaran sebenar sikap pemimpin DAP terhadap isu kepentingan rakyat.

Pada Jun 2018, Ketua Menteri dari DAP tersebut juga pernah mengeluarkan kenyataan sedia membayar pampasan kepada Kedah menggambarkan sikap hipokrit apabila enggan pula membayar dengan tuntutan kerajaan Kedah hari ini.Bahkan kenyataan yang sama pernah dibuat oleh Lim Guang Eng ketika menjawat Ketua Menteri Pinang pada 2013.

Adakah kerana berlainan teraju politik Kedah dari PH kepada PN menjadi tembok halangan kerajaan Pulau Pinang enggan melayan tuntutan Kedah hari ini?

Perlu diingat adalah menjadi hak rakyat dan kerajaan Kedah untuk menuntut pampasan ekoran daripada penggunaan Pulau Pinang sebanyak 1100 juta liter padu (MLD) air sehari diambil dari Kedah.

Pengorbanan Kedah memelihara dan mengekalkan hutan simpan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air untuk memastikan kepentingan 4.2juta rakyat Kedah, Pulau Pinang dan Perlis adalah wajar untuk Kedah membuat tuntutan pampasan RM50 Juta setahun apatah lagi tuntutan ini berlarutan sejak 10 tahun yang lalu.

Yang Benar,

Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com