Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Pesara guru rugi RM109,150, pelaburan mata wang asing tidak wujud

Pesara guru rugi RM109,150, pelaburan mata wang asing tidak wujud

oleh Ammar Haziq

PENIPUAN  PELABURAN PERRTUKARAN MATA WANG ASING


Seorang pesara guru yang berusİa 62 tahun telah mengalami kerugian RM109,150.60 setelah berurusan dengan 2 wanita kononnya akan membimbingnya dalam urusan pelaburan melalui aplikasi WhatsApp sejak 10 November 2020 sehingga 07 Dişember 2020.


Mangsa mula berurusan dengan suspek wanita yang memperkenalkan diri sebagai Pengurus Syarikat swasta pada awal bulan November 2020, setelah melihat ikian pelaburan melalui Facebook yang menawarkan pulangan berlipat kali ganda dengan pertukaran wang asing dan bimbingan percuma melalui media sosial.


Suspek mula memperolehi kepercayaan mangsa dengan mengarahkan mangsa menyerahkan dokumen peribadi iaitu gambar kad pengenalan, lesen memandu dan penyata akaun bank sebagai syarat pendaftaran dalam skim pelaburan.

Seterusnya, mangsa dibekalkan satu pautan URL https://wMN.qcrnasim netjrnyfloqini dan diarahkan membuat pembayaran pertama dan sebagai pendaftaran sebanyak RM424.51 bersamaan 100.00 USD.


Mangsa terus diperdayakan lagi dengan mengatakan pelaburan telah diluluskan dan diberi seorang pembimbing pelaburan untuk membantu menguruskan pelaburan melalui aplikasİ yang dimuat turun darİ Play Store sehingga menyebabkan mangsa membuat lima lagi transaksi secara berperingkat sehingga mencecah kerugian berjumlah RM108,727.09


Penipuan ini mula dişedari oleh mangsa apabila mangsa gagal mendapat pulangan lumayan yang dijanjikan oleh pembimbing pelaburan pada 04 Dişember 2020 dan mangsa mengarahkan anak dan isterinya mengeluarkan lagi wang persaraan darİ akaun bank mereka untuk tujuan pelaburan.

Anak mangsa telah membuat carian maklumat mengenai syarikat tersebut dan akhirnya ketahui syarikat ini merupakan sindiket penipuan.


Mangsa telah membuat laporan polis di Kubang Pasu pada 7 Dişember 2020. Satü kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).


Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terjeratdengan Skim pelaburan atas talian Yang diiklankan melalui media sosial terutamanya menjanjikan pulangan lumayan dan tanpa sebarang usaha. Pihak PDRM juga ingin mengingatkan agar membuat semakan dan mendapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu daripada aplikasi Semak Mule atau pautan URL http]/ccid.rmp.qov-mv/semakmule/ dan Bank Negara Malaysia mengenai kesahihan akaun bank.


Sekian, terima kasih.
“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”
ELIAS OMAR (SUPT)
KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL
IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KEDAH
8 DISEMBER 2020

                             

                        


Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com