Friday, 26, April, 2024
Utama Umum Pertahankan hak yang berhak : Sanusi dianggap negarawan

Pertahankan hak yang berhak : Sanusi dianggap negarawan

oleh Ammar Haziq

INILAH NEGARAWAN SEBENAR.

Oleh – Prof. Muhamad Ridzuan Tee Abdullah.

Tahniah! MB Kedah atas ketegasan dalam mempertahankan hak kepada yang berhak.

Lanjutan artikel saya sebelum ini mengenai lambakan kuil Hindu di seluruh negara, kecuali, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, keadilan sudah diberikan kepada bukan Islam lebih daripada sepatutnya. Tidak timbul langsung, diskriminasi atau penganiayaan yang berlaku.

Pembinaan kuil-kuil di semua negeri-negeri yang saya sebutkan memang sudah tidak terkawal. Kuil-kuil dibina sesuka hati dalam tanah yang bukan menjadi miliknya.

Bilangan kuil dengan jumlah penduduk sangat tidak wajar

Kedah misalnya, jumlah penduduk dalam lingkungan 2.2 juta. Melayu 79.9 peratus, Cina 12.3 peratus, India 6.7 peratus, lain-lain 1 peratus

Daripada hanya 6.7 peratus India, lebih kurang 147,000, tidak semua pula beragama Hindu, mungkin lingkungan 5 peratus sahaja, kenapa kuil mereka terlalu banyak di kawasan atau tanah yang bukan menjadi miliknya dan dibiarkan berleluasa.

Bila dirobohkan minta diganti baharu. Bila dah diganti, tidak juga mahu pindah, seperti yang berlaku di Subang Jaya, yang melibatkan kematian Allahyarham Adib. Kita jadi hairan, penduduk terlampau sedikit, tetapi rumah ibadat melambak-lambak.

Saya mohon kerajaan negeri Kedah membuat kajian yang terperinci. Mengenai nisbah kuil dengan penduduk beragama Hindu, juga di negeri-negeri lain. Saya dan team, bersedia untuk melakukan kajian tersebut.

Berikut saya petik komposisi penduduk India di kawasan Parlimen dan DUN, mengikut sumber rakan saya Iskandar Hasan Tan (2020)

Komposisi Pengundi Mengikut Enik Negeri Kedah PRU 2018
N1 Ayer Hangat – Melayu 95%, Cina 1% dan India 3% Lain2 1%
N2 Kuah – Melayu 86%, Cina 12% India 2% Lain2 1%
N3 – Kota Seputih – Melayu 92% Cina 7% Lain2 1%
N4 – Ayer Hitam – Melayu 91% Cina 7% Lain2 2%
N5- Bukit Kayu Hitam – Melayu 89%, Cina 7% India 2% Lain2 2%
N6 – Jitra – Melayu 84% Cina 10% India 5% Lain2 1%
N7 Kuala Nerang – Melayu 97% Cina 2% India 1%
N8 Pedu – Melayu 87% Cina 1% Lain2 1%
N9 Bukit Lada – Melayu 90% Cina 7% India 2% Lain2 1%
N10 Bukit Pinang – Melayu 93% Cina 5% India 1% Lain2 1%
N11 Derga – Melayu 60% Cina 35% India 4% Lain2 1%
N12 Suka Menanti – Melayu 74% Cina 22% India 4%
N13 Kota Darul Aman – Melayu 33% Cina 60% India 7% Lain2 1%
N14 Alor Mengkudu – Melayu 77% Cina 20% India 3%
N15 Anak Bukit – Melayu 89% Cina 10% India 1%
N16 Kubang Rotan – Melayu 72% Cina 26% India 1%
N17 Pengkalan Kundor – Melayu 76% Cina 23% India 1%
N18 Tokai Melayu 91% Cina 8% Lain2 1%
N19 Sungai Tiang – Melayu 86% Cina 2% India 1% Lain2 10%
N20 Sungai Limau – Melayu 94% Cina 6%
N21 Guar Chempedak – Melayu 89% Cina 10% India 1%
N22 Gurun – Melayu 59% Cina 24% India 16% Lain2 1%
N23 Belantek – Melayu 93% Cina 2% Lain2 5%
N24 Jeneri – Melayu 93% Cina 1% Lain2 6%
N25 Bukit Selambau – Melayu 59% Cina 17% India 23% Lain2 1%
N26 Tanjong Dawai – Melayu 81% Cina 12% India 6% Lain2 1%
N27 Pantai Merdeka – Melayu 92% Cina 6% India 2%
N28 Bakar Arang – Melayu 47% Cina 39% India 14%
N29 Sidam – Melayu 44% Cina 35% India 20% Lain2 1 %
N30 Bayu – Melayu 93% Cina 4% India 1% Lain2 2%
N31 Kupang- Melayu 92% Cina 4% India 3% Lain2 1%
N32 Kuala Ketil – Melayu 81% Cina 6% India 13% Lain2 1%
N33 Merbau Pulas – Melayu 75% Cina 8% India 17%
N34 Lunas – Melayu 49% Cina 28% India 23%
N35 Kulim – Melayu 62% Cina 21% India 17%
N36 Bandar Baharu – Melayu 79% Cina 14% India 7%

PARLIMEN
P4 Langkawi – Melayu 91% Cina 7% India 1% Lain2 1%
P5 Jerlun – Melayu 91% Cina 7% Lain2 2%
P6 Kubang Pasu – Melayu 87% Cina 9% India 2% Lain2 2%
P7 Padang Terap – Melayu 92% Cina 2% Lain2 6%
P8 Pokok Sena – Melayu 82% Cina 16% India 1% Lain2 1%
P9 Alor Setar – Melayu 64%, Cina 32% India 4%
P10 Kuala Kedah – Melayu 78% Cina 20% India 1% Lain2 1%
P11 Pendang – Melayu 89% Cina 5% India 1% Lain2 5%
P12 Jerai- Melayu 80% Cina 14% India 6%
P13 Sik – Melayu 93% Cina 2% Lain2 5%
P14 Merbok – Melayu 69% Cina 15% India 15% Lain2 1%
P15 Sungai Petani – Melayu 61% Cina 27% India 11% Lain2 1%
P16 Baling – Melayu 89% Cina 4% India 5% Lain2 2%
P17 Padang Serai – Melayu 59% Cina 20% India 21%
P18 Kulim Bandar Baharu – Melayu 69% Cina 18% India 13%

Sumber: Undi.info

Parlimen di Kedah semua majoriti Melayu. Cuma 4 DUN sahaja Melayu bawah 50% iaitu DUN Kota Darul aman, DUN Bakar arang, DUN Sidam dan DUN Lunas. Keempat DUN ini adalah kawasan majoriti Cina, kedua terbanyak Bukan Melayu. Jadi dimanakah wajarnya kuil Hindu dibina tanpa kebenaran kerajaan negeri selain Kedah Selatan disebabkan Kedah Utara dan Tengah penduduk India kurang dari 5%. Bukan untuk mempertahankan kerajaan Negeri pimpinan PAS tetapi rumah ibadat perlu dibina di kawasan yang majoriti penduduknya menganut agama tersebut dan perlu mendapat kebenaran kerajaan negeri yang memerintah. (Iskandar Hasan Tan, 2020)

Tahniah! Atas ketegasan MB Kedah dalam melaksanakan tugas sebagai ketua kerajaan negeri. Tidak timbul langsung, hak kepada bukan Islam (Hindu) tidak diberikan. Jangan dilayan sangat MIC itu. Kalau undilah yang menjadi perkiraan, berapa sangat bilangan undi yang disumbangkan.

Keadilan telah diberikan lebih daripada kewajaran.

Jika tidak diberikan kerusi, di mana MIC mahu bertanding dalam PRU 15 akan datang. Apakah MIC memang boleh menang jika mahu bertanding di bawah BN tanpa sokongan PAS? Berapa pula kerusi yang akan diberikan oleh UMNO kepada MIC untuk kawasan yang mereka tidak ada langsung majoriti?

Sebab itu, jangan bongkak dan mempertikaikan keadilan yang telah diberikan tidak ada tolok banding.

Pada hemat saya, semua pemberian (terutama kuil) sudah terlebih adil. Di Selangor, Perak dan lain-lain negeri usahlah cerita. Jika tidak percaya, sepanjang perjalanan, buatlah perkiraan. Bilang berapa banyak rumah ibarat ini, di tanah milik persendirian atau kerajaan?

Saya berjalan ke Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor. Terdapat tanah persendirian yang besar, tetapi tidak ada kuil dibina, kecuali di tanah kerajaan. Kerajaan negeri terus biarkan. Mahu apa lagi?

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com