Friday, 26, April, 2024
Utama Umum Jutawan naik helikopter pergi makan nasi arab di Bangi

Jutawan naik helikopter pergi makan nasi arab di Bangi

oleh Ammar Haziq
Muhammad Azlan (tengah) turut membungkuskan makanan Arab daripada Restoran Al Araby Matha’am di Bandar Bukit Mahkota, Bangi untuk dibawa pulang.

Kehadiran jutawan yang juga usahawan terkenal, Tuan Muhammad Azlan Al Amin yang singgah ke  Restoran Al Araby Matha’am di Bandar Bukit Mahkota, Bangi dengan menaiki helikopter mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan itu pada Selasa lalu.


Beliau ketika dihubungi berkata mengakui restoran milik Ketua Aktivist MAPIM, (Dr) Sani Araby Al-Kahery adalah tempat kegemarannya sekiranya merindui resepi hidangan Arab.


Menurutnya, beliau hadir menikmati makanan tengahari hidangan set Lamb Haneeth bersama beberapa rakan perniagaan dan juga juruterbang helikopternya.

Muhammad Azlan (kanan) mengakui Restoran Al Araby Matha’am akan jadi lokasi pilihannya untuk makan jika datang ke Bangi.


“Alhamdulilah. Menu yang sangat sedap dan layanan yang cukup mesra dari warga restoran Nasi nasi arab Mat’aam.Sebenarnya,restoran ini adalah tempat yang sering saya kunjungi setiap kali datang Bangi,cukup selesa dan bersih,”katanya.


Muhammad Azlan berkata, selain menjamu makan di restoran tersebut, beliau turut membungkuskan nasi arab untuk dibawa pulang dalam usaha memberikan sokongan kepada Dr Sani yang juga sahabat baiknya.

Pemilik buku motivasi “Rahsia Jutawan Pengutip Sampah” turut memberikan penghargaan yang tinggi kepada staf atas layanan diberikan sepanjang beliau berada di  Restoran Al Araby Matha’am.

Muhammad Azlan (kiri) bersama penumpang lain sebelum berlepas ke Bangi dengan helikopter.


Jutawan tersebut yang juga Pengerusi Koperasi Azlan Al Amin kini dalam membimbing dan melahirkan seramai 10,000 usahawan mukmin dalam tempoh lima tahun akan datang di negara ini.

Beliau kini dalam siri menjelajah ke seluruh negara untuk  mendidik, membimbing, berkongsi kemahiran, kepakaran serta mencungkil bakat usahawan mukmin.  

Dr Sani menghargai sokongan yang diberikan oleh Muhammad Azlan kepadanya.


Sementara itu, Dr Sani dalam maklumbalas di Facebooknya mengakui terkejut dengan sokongan yang diberikan oleh Muhammad Azlan yang sanggup ke restorannya dengan menaiki helikopter.

“MasyaAllah terkejut saya di Syria dapat berita ini. Jazakallah atas sokongan kepada perniagaan ini,”katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com