Saturday, 20, April, 2024
Utama Umum Afiyah bakal dapat adik

Afiyah bakal dapat adik

oleh Ammar Haziq
Ihsan foto FB Siti Nurhaliza

Kuala Lumpur: Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan dia kini hamil empat bulan dan memohon doa semua pihak agar kehamilannya berada dalam keadaan baik.

Perkara itu disahkan olehnya pada majlis pelancaran produk BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi maya, semalam. 

“Benar saya sedang hamil empat bulan. Alhamdulillah, saya ingin berterima kasih kepada semua kerana ramai yang mendoakan kehamilan kedua ini. Doakan semoga kehamilan ini saya diberikan kekuatan serta melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna. 

“Soal jantina saya terima dengan hati terbuka, tapi lebih seronok kalau kehamilan kali ini dapat timang anak lelaki. Apapun doakan agar semuanya berjalan dengan baik,” katanya.

Hasil perkahwinan 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 61 sebelum ini telahpun dikurniakan cahaya mata Siti Afiyah yang kini berusia 2 tahun.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com